QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Misi Pasca Banjir Acheh (7 Jan 2026) – Hari 1

Alhamdullilah. Tim PIKDM tiba di Acheh kali ini tanpa rasa ingin tahu yang berlebihan.
Hanya satu niat kecil, hadir dengan adab.

Di lapangan terbang, kami disambut Pak Noval dan Tasya dari Tim Asar Humanity.

Kami cuba memahami situasi semua orang. Bahawa tanah ini tidak memerlukan banyak kata. Cukuplah dengan melihat dan memahami dulu.

Kami bergerak ke Pidie Jaya. Singgah makan, solat,
dan menuju ke tempat penginapan kami, Hotel Ananda.

Di Malaysia, mungkin kita kategorikan homestay. Di sini, ia tetap sebuah hotel.
Ada tilam tanpa katil. Ada pendingin hawa. Tandasnya selesa.
Di seberang jalan, restoran dibuka 24 jam.

Inipun sudah syukur Alhamdulillah. Kita datang mahu lihat mereka yang diuji hilang tempat tinggal dan berteduh di dalam khemah, sedangkan kita masih diberi selesa tidur dan makannya.

Setiap misi kemanusiaan adalah misi memanusiakan diri kita juga.

Di Acheh ini setiap 1Km akan terjumpa masjid. Tempat kami menginap berhadapan masjid.
Masjid hanya beberapa langkah dari penginapan kami.

Di sisi bangunan ada sebuah kedai runcit.
Di hadapan jalan ada restoran 24 jam.

Aku duduk seketika dan berfikir:
cukup itu sebenarnya satu nikmat.

Hari pertama di Acheh, aku tidak bertanya tentang kerosakan.
Aku tidak meminta cerita bencana.
Aku lebih mahu bertanya khabar
kepada relawan yang telah lama di sini.

Kerana bukan semua orang
bersedia menceritakan pengalaman yang berat
sebaik sahaja diminta.

Ada luka yang tidak mahu diselongkar.
Ada letih yang tidak mahu dijadikan cerita.

Kami memilih untuk mendengar diam itu dahulu.

Aku belajar sesuatu hari ini.
Tidak semua yang perlu difahami
perlu ditanya.

Ada tempat yang lebih wajar didengar
sebelum cuba dimengerti.

Tidak semua yang dilihat perlu diceritakan.
Tidak semua yang dirasa perlu ditulis hari ini.

Ada perjalanan yang bermula
bukan dengan langkah besar,
tetapi dengan niat untuk hadir
tanpa mendahului hikmah.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image