
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”
Setiap infak anda menjadi cahaya harapan kepada mereka yang memerlukan, menguatkan langkah kami untuk terus berbakti kepada ummah. Semoga setiap sen yang disumbangkan menjadi saham akhirat yang berkekalan, diberkati oleh Allah dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran.
“Bersama kita membina kebaikan, menyemai kasih sayang, dan menyatukan ummah.”
Pembayaran Projek Angkat Januari 2026 kini sudah bermula. Bagi para penginfak sedia ada, komitmen akan diteruskan secara automatik.
Nota Perhatian:
Sekiranya anda tidak mahu meneruskan tajaan atau menambah komitmen lot untuk tahun 2026, sila maklumkan kepada pihak admin dengan segera.
Sebarkan maklumat ini agar lebih ramai dapat turut serta dalam usaha kebajikan ini. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda!
Sertai usaha Projek Angkat PIKDM 2026 dengan menyumbang secara komitmen bulanan untuk terus menyokong aktiviti pendidikan, dakwah dan kebajikan di dalam negara dan luar negara. Dana anda akan disalurkan kepada program seperti pengajian madrasah, gaji tenaga pengajar, tajaan pelajar asnaf/anak yatim, serta sokongan kepada madrasah di kawasan pelarian – membuka peluang perubahan yang berterusan untuk generasi ummah.
Untuk menyertai Projek Angkat PIKDM 2026 anda disarankan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi tujuan rekod maklumat dalaman dan setelah itu baru membuat sumbangan melalui kaedah yang telah dipilih sewaktu pendaftaran.
Pendaftaran bagi tahun 2026 hanya perlu dibuat sekali sahaja.
Sila klik pada butang tab dibawah untuk membuat pilihan samada mendaftar atau membuat sumbangan.
Tidak perlu. Penyertaan 2025 akan diteruskan secara automatik ke 2026.
Makluman diperlukan sekiranya terdapat:
Ya, sangat digalakkan. Bayaran setahun penuh membantu kestabilan perancangan dan kesinambungan bantuan.
Ya, boleh. Projek Angkat layak menerima zakat kategori Fisabilillah & Asnaf, selari dengan pelaksanaan pendidikan, kebajikan dan dakwah yang berterusan.
Projek Angkat bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi:
Setiap komitmen yang diteruskan merupakan saham akhirat yang menyambung manfaat
Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan ?

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175
Jumlah Pelawat : 111436
© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)