Skip to content
Buletin & aktiviti

Majlis Khatam Hafazan Al Quran dan Anugerah Tahunan 2025

Lokasi: Kem Kutupalong Coxs Bazar Bangladesh

Alhamdulillah, majlis penuh barakah ini telah selamat disempurnakan pada 22–24 Oktober 2025, melibatkan 17 pelajar dari Madrasah Uthman bin Affan dan Madrasah Aisyah As-Siddiqah, dengan tajaan penuh oleh PIKDM.

Dalam tempoh 6 tahun, seramai 173 pelajar telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Qur’an, terdiri daripada:

  • 57 murid – Madrasah Uthman bin Affan
  • 41 murid – Madrasah Aisyah As-Siddiqah
  • 33 murid – Madrasah Abu Hurairah
  • 25 murid – Madrasah Abu Bakar As-Siddiq
  • 17 murid – Madrasah PIKDM

Jumlah keseluruhan: 173 Huffaz 30 Juzuk Al-Qur’an!

Suasana majlis diserikan dengan kehadiran pelajar berpakaian putih bersih. Para guru, ibu bapa dan masyarakat setempat turut berkongsi kegembiraan dalam suasana penuh syukur.

Turut diraikan jamuan makan dari 2 ekor kambing Aqiqah sumbangan sahabat Infak PIKDM buat jamu makan anak-anak di kem.

Majlis ini bukan sekadar graduasi, tetapi bukti bahawa Al-Qur’an terus hidup dalam jiwa anak-anak madrasah dan generasi pelarian yang gigih menuntut ilmu walau dalam serba kekurangan.

“Mereka mungkin kurang dari segi dunia, namun kaya dengan kalam Allah.”

Barallahhufeekum.

===========
Bantu Dana Pengurusan: https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-pengurusan-pikdm/

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image