QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Sentuhan Kasih Bersama Fattah Amin Management – 14 Oktober 2025

Alhamdulillah, baru-baru ini Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) turut sama dijemput oleh Fattah Amin Management bagi meraikan anak-anak yatim Pusat Asuhan Jagaan Amal Asyura serta penyerahan sumbangan kepada NGO Cinta Gaza Malaysia.

Program yang berlangsung di WOW KAW² Café, Sungai Buloh ini diadakan dalam suasana mesra dan penuh kasih, diserikan dengan kehadiran Ustaz Mohd Danial (PR Fattah Amin Management), yang mengamanahkan PIKDM untuk menyediakan anak-anak yatim dari kawasan Sungai Buloh bagi diraikan dalam majlis ini.

Seramai 20 orang anak-anak yatim diraikan dengan jamuan tengah hari dan pemberian sampul sumbangan setiap seorang sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.

PIKDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Team Fattah Amin Management atas kepercayaan dan kerjasama ini menjadikannya kolaborasi kali kedua bersama kami dalam usaha menyemai nilai kasih, kebajikan dan keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan.

Semoga Allah memberkahi majlis ini dan Fattah Amin Management terus maju jaya.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image