QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Kuliah Hadis 40, Imam Nawawi : Hadis ke-10

SUMBER MAKANAN YANG HALAL & SYARAT PENERIMAAN DOA
الحلال من المطعم وشرط قبول الدعاء

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang beriman dengan apa yang telah Dia perintahkan para rasul. Maka Allah berfirman: ‘Wahai para rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik dan beramallah dengan amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.’ (Surah al-Mu’minun, 23:51). Allah berfirman lagi: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah jika benar kamu hanya menyembah-Nya.’ (Surah al-Baqarah, 2:172)

Kemudian baginda ﷺ menyebut tentang seorang lelaki yang telah lama bermusafir, kusut masai rambutnya, berdebu tubuhnya, dia menadah tangan ke langit seraya berkata: ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku,’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia dibesarkan dengan perkara haram. Maka bagaimana doanya akan diterima?”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 1015)

Pengajaran & Renungan Bersama

  1. Allah itu Maha Baik, hanya menerima amalan, sedekah dan doa daripada sumber yang halal.
  2. Perintah makan daripada rezeki halal bukan hanya kepada para rasul bahkan kepada seluruh umat Islam.
  3. Makanan halal dan berkat menjadi asas kekuatan rohani dan penerimaan amal ibadah.
  4. Rezeki haram menjadi penghalang utama doa diterima, walaupun seseorang berada dalam keadaan sangat mustajab.
  5. Antara sebab-sebab doa diterima ialah: bermusafir, berpakaian lusuh dan usang (bergantung pada situasi), mengangkat tangan ke langit serta merintih dengan menyebut nama Allah SWT.
  6. Doa bukan sekadar lafaz di lisan, tetapi berkait rapat dengan hati yang bersih dan rezeki yang halal.
  7. Orang beriman wajib berhati-hati dalam mencari nafkah kerana ia menentukan keberkatan hidup dan penerimaan doa.

Semoga kita tergolong dalam hamba Allah SWT yang sentiasa menjaga sumber rezeki agar halal dan berkat, serta doa-doa kita diterima oleh Allah yang Maha Mendengar.

Untuk menonton rakaman kuliah penuh, klik link di komen bawah.

Muhammad Izzat
Penasihat Agama, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image