Skip to content
Buletin & aktiviti

Puasa Ayyamul Bidh Rabiul Awwal 1447H

𝐏𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐲𝐲𝐚𝐦𝐮𝐥 𝐁𝐢𝐝𝐡 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥 𝐀𝐰𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
(𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝟔–𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓)

Allah SWT berfirman:

وَسَارِعُوۤا۟ إِلَىٰ مَغۡفِرَةࣲ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِینَ

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa…”
(Surah Ali Imran: 133)

Pengajaran:

  1. Puasa sunat adalah peluang untuk membersihkan dosa kecil. Jangan berlengah, jadikan ia amalan berterusan agar kita sentiasa dekat dengan keampunan Allah.
  2. Syurga yang luas dijanjikan untuk mereka yang berusaha lebih. Puasa sunat termasuk dalam amalan ekstra yang membuka jalan menuju syurga.
  3. Orang yang berpuasa, termasuk puasa sunat, dilatih untuk menahan diri, mendidik hati, dan meningkatkan taqwa. Inilah sifat yang menjadikan seseorang layak ke syurga.

Setiap detik berpuasa adalah kesempatan untuk menggapai keampunan dan syurga Allah. Walau hanya beberapa hari, nilainya di sisi Allah melebihi dunia dan seisinya.

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image