PIKDM dengan kerjasama rakan strategik pelaksana: ASAR Humanity telah menyempurnakan program ini:
Lokasi: Desa Konga, Kec. Titehena, Kab. Flores Timur, NTT
Tarikh: Jumaat, 4 Julai 2025
Waktu: 4.00 petang – 6.30 petang WITA
Penerima Manfaat: 37 keluarga mangsa letusan Gunung Lewotobi
Bantuan: 1 tangki air bersih (5,000 liter)
Majoriti penduduk di sini adalah orang asli Indonesia yang pada asalnya hanya 4 keluarga yang beragama Islam. Pada tahun 90-an, dakwah Islam sampai ke desa ini dan kini sudah ada 47 keluarga menganut agama Islam.
Laporan Ringkas Pelaksanaan:
Pada 4 Julai 2025, PIKDM melalui rakan strategik pelaksana ASAR Humanity, telah menyalurkan bantuan air bersih melalui Projek ‘Water Tank’ Siri ke-23 kepada komuniti terkesan di Desa Konga, Flores Timur akibat letusan gunung berapi baru-baru ini.
Sebanyak 5,000 liter air bersih diagihkan terus ke kawasan penempatan sementara. Penduduk yang menunggu dengan bekas tadahan masing-masing menyambut bantuan ini dengan penuh rasa syukur dan terharu. Kesukaran mendapatkan sumber air bersih sebelum ini menjadikan bantuan ini amat bermakna buat mereka.
Ucapan terima kasih dan doa kepada para penyumbang, khususnya PIKDM, dizahirkan berulang kali oleh penerima manfaat. Moga setiap titisan air menjadi pahala yang berpanjangan.
Sukarelawan Terlibat:
- Maksimus Carvallo
- Nikolaus Satu Jarawadu
- Yeremias Gula Bukan
Jazakumullahu khayran buat para penginfak Siri ke-23:
- Arwah Ibu
- Radziah
- Ummu Iman
- Ayahbondala
- KR
- Arwah Ibu
- Nurulaini Mohamed
- Nurhajarlina Mohamed
- Nadia Kamarudin
- Norazms
- Riffa
- Arwah Ibu
LINK INFAK WATER TANK SIRI AKAN DATANG
Infak Air Bersih (Water Tank) Indonesia – https://www.pikdm.org.my/donations/infak-air-bersih-water-tank-indonesia/




























