QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Selamat Hari Raya Aidil Adha

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ،
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ، وَاللّٰهُ أَكْبَرُ،
اللّٰهُ أَكْبَرُ وَلِلّٰهِ الْحَمْدُ

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat serta seluruh umat yang istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Saya, Lynnda Abbas, mewakili seluruh warga Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM), dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah / 2025 Masihi kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada para penyumbang, sukarelawan dan sahabat/rakan strategik PIKDM di mana jua anda berada.

Aidiladha mengangkat erti sebenar sebuah pengorbanan. Ia mengajarkan kita untuk meletakkan kehendak Allah SWT mengatasi segala kehendak diri, serta menyemai nilai ketaatan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Dalam semangat ibadah korban, kita bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah SWT, tetapi juga mendekatkan hati sesama manusia — merentas sempadan, menjangkau benua, menyantuni fakir miskin dan golongan terpinggir dengan daging korban dan kasih sayang yang dihulurkan.

Sesungguhnya, setiap darah yang mengalir, setiap tangan yang memberi, dan setiap senyuman yang terukir adalah saksi pengorbanan kita demi sebuah kebaikan yang lebih besar.

Marilah kita hidupkan semangat Aidiladha ini dengan memperbanyakkan takbir, tahmid, tahlil dan amal soleh. Semoga Allah menerima seluruh ibadah dan pengorbanan kita.

اللّٰهُ أَكْبَرُ وَلِلّٰهِ الْحَمْدُ

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image