Allah bersumpah dengan waktu subuh yang dijelaskan mufassir sebagai subuh hari raya aidiladha. Lantaran itu, ulama’ tafsir bersepakat hari raya aidiladha lebih utama berbanding hari raya aidilfiitri. Hal ini kerana terdapat ibadah khusus yang disyariatkan setelahnya iaitu ibadah korban.
Kesinambungan daripada sumpah waktu subuh tersebut, Allah turut bersumpah dengan sepuluh malam pada ayat seterusnya. Iaitu Allah mengisyaratkan supaya turut mengejar kelebihan sepuluh malam berturut-turut sebelum waktu subuh itu. Hal ini bermaksud Allah mengkehendaki kita menghidupkan malam-malam di sepuluh awal Zulhijjah.
Bagi amalan puasa yang dilaksanakan pada siang hari di awal Zulhijjah secara umum pula adalah rentetan daripada hadis berkaitan kelebihan melakukan amal soleh yang keutamaannya mengatasi jihad.
Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهِنَّ أَحَبُّ إِلَىْ اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ، فَقَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Tiada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah SWT berbanding pada sepuluh hari di awal Zulhijjah ini. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, sekalipun jihad di jalan Allah? Maka Rasulullah SAW bersabda: Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu.
(HR Abu Daud dan Ibn Majah: Sahih)
PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA
INFAK ZULHIJJAH bersama PIKDM
https://www.pikdm.org.my/donations/10-zulhijjah
Daftar Korban bersama PIKDM dibuka hingga 1 Jun
https://www.pikdm.org.my/korban-1446h/
Sedekah korban bersama PIKDM dibuka hingga 4 Jun
https://pay.pikdm.org.my/sedekah-daging-1446h-2025/



