๐๐จ๐๐ฅ๐๐ง: ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ค๐ ๐ง๐๐ค ๐ค๐จ๐ซ๐๐๐ง (๐ฆ๐๐ฅ๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐๐ค๐๐ง ๐ข๐๐๐๐๐ก ๐ค๐จ๐ซ๐๐๐ง) ๐๐ญ๐๐ฌ ๐ง๐๐ฆ๐ ๐๐ซ๐ฐ๐๐ก? ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ง ๐๐ก๐ฅ๐ข ๐ค๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐ ๐ฅ๐๐ข๐ง ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐?
Jawapan: Harus dan dibenarkan.
Ibadah korban untuk arwah termasuk dalam bentuk sedekah dan amal soleh yang pahalanya boleh disampaikan kepada si mati โ walaupun ahli keluarga lain masih hidup.
Al-Quran mengiktiraf doa dan keampunan untuk si mati sebagai tanda kasih dan kesinambungan silaturrahim.
ููุงูููุฐูููู ุฌูุงุกููุง ู ูู ุจูุนูุฏูููู ู ูููููููููู ุฑูุจููููุง ุงุบูููุฑู ููููุง ููููุฅูุฎูููุงููููุง ุงูููุฐูููู ุณูุจููููููุง ุจูุงููุฅููู ูุงูู ููููุง ุชูุฌูุนููู ููู ูููููุจูููุง ุบููููุง ููููููุฐูููู ุขู ููููุง ุฑูุจููููุง ุฅูููููู ุฑูุกูููู ุฑููุญููู ู
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. (Surah al-Hasyr: 10)
Ibadah korban termasuk sedekah, maka sah dihadiahkan pahalanya kepada si mati sebagai amal soleh. Rasulullah SAW bersabda:
ุฃูููู ุฑูุฌููุงู ุฃูุชูู ุงููููุจูููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุ ููููุงูู: ููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ุฅูููู ุฃูู ูููู ุงููุชูููุชูุชู ููููุณูููุง ููููู ู ุชููุตู ููุฃูุธููููููุง ูููู ุชููููููู ูุชู ุชูุตูุฏููููุชู ุฃูููููููุง ุฃูุฌูุฑู ุฅููู ุชูุตูุฏููููุชู ุนูููููุง ููุงูู:โ ููุนูู ู โ
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: โWahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia tanpa sebarang wasiat. Aku berasa dia akan berkata (mewasiatkan) kepadaku agar bersedekah jika dia boleh bercakap. Adakah dia akan mendapat ganjaran jika aku bersedekah dengan diniatkan ke atasnya? Nabi SAW menjawab: Ya.โ (HR Muslim)
Ulama membenarkan korban untuk si mati sebagai sedekah, lebih-lebih lagi jika ada wasiat. Imam al-Nawawi menyebut bahawa pahala korban yang dihadiahkan kepada si mati adalah harus dan sampai kepadanya.
Terdapat beberapa Kesimpulan daripada persoalan ini:
โข Sah dan berpahala buat arwah
โข Tanda kasih & penghormatan buat yang telah pergi
โข Ahli keluarga lain juga digalakkan berkorban atas nama sendiri jika mampu
Jom hadiahkan korban buat insan tersayang yang telah pergi. Semoga menjadi amal jariah berkekalan.
Unit Dakwah & Penerbitan
================
๐๐๐๐ญ๐๐ซ ๐๐จ๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ – https://www.pikdm.org.my/korban-1446h/








