Skip to content
Buletin & aktiviti

Program Agihan PIKDM x IHSANKU – Ihsan Ramadan bersama Rumah Sinar Kasih Darul Aitam

Telah berlangsung pada 15 Mac 2025 (14 Ramadan 1446H) di Rumah Sinar Kasih Darul Aitam, Sg Darak, Kuala Ketil, Kedah.

Program ini bertujuan menceriakan anak-anak yatim dengan tajaan baju raya bernilai RM2,000.00.

Setiap pemberian bukan sekadar pakaian baharu, tetapi tanda kasih sayang dan keprihatinan masyarakat terhadap mereka yang memerlukan.

Semoga sedikit usaha ini membawa sinar kegembiraan buat mereka menyambut Aidilfitri.

“Setiap kebaikan di bulan Ramadan, Allah gandakan pahalanya.”

Jazakumullahu khayran buat rakan kerjasama kami dalam projek Baju Raya ini, iaitu Pertubuhan Ihsan Madani, atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image