Skip to content
Buletin & aktiviti

Pecutan Mengejar Lailatul Qadr di Sepuluh Akhir Ramadan

Tarikh-tarikh yang perlu diberi perhatian untuk pecutan terakhir terutama malam ganjil adalah sebagaimana beeikut:

  • Malam ke-20 Ramadan: 20 Mac 2025
  • Malam ke-21 Ramadan: 21 Mac 2025
  • Malam ke-22 Ramadan: 22 Mac 2025
  • Malam ke-23 Ramadan: 23 Mac 2025
  • Malam ke-24 Ramadan: 24 Mac 2025
  • Malam ke-25 Ramadan: 25 Mac 2025
  • Malam ke-26 Ramadan: 26 Mac 2025
  • Malam ke-27 Ramadan: 27 Mac 2025
  • Malam ke-28 Ramadan: 28 Mac 2025
  • Malam ke-29 Ramadan: 29 Mac 2025

Lailatul qadr yang merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan sebarang kebaikan pada malam-malam terakhir bulan Ramadan untuk meraih pahala beribadah pada malam al-Qadr tersebut. Antaranya solat malam, i’tikaf, membaca al-Quran, bersedekah dan berdoa. Solat malam merupakan amalan terbaik yang menghimpunkan amalan membaca al-Quran dan berdoa bersamanya. Sekiranya solat malam tersebut dilakukan di masjid, ia boleh dilaksanakan bersama ibadah i’tikaf.

Selain itu, amatlah digalakkan untuk menunaikan solat tarawih bersama imam sehingga selesai witir bagi mendapatkan ganjaran solat sepanjang malam.

Daripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

“Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)”.

(HR al-Tirmidhi: Hasan Sahih

Jom bersama PIKDM dalam misi menyebarkan keberkatan. Anda Sumbang, Kami Sampaikan.

𝑺𝑨𝑺𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑫𝑰𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑹𝑴200,000

Selamat BERINFAK!

CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image