“𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗿 𝗜𝗹𝗺𝘂, 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻, 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵”
Alhamdulillahhillazi binikmatihi thotimmussolihaat genap 5 tahun PIKDM berjuang mengangkat martabat ilmu, menabur kebajikan, dan membangunkan dakwah dengan pelbagai ujian yang dihadapi, kami terus teguh mahu beri manfaat pada ummah, semuanya dengan izin Allah atas setiap usaha ini. Lahawla wala quwata illahbillah.
𝟏. 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐚𝐫 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧
Melalui Projek Angkat, ramai para huffaz dilahirkan, pelajar kanak² dan dewasa sudah celik Al-Quran, dan masyarakat buta ilmu telah diselamatkan dan dilahirkan. Tajaan pendidikan dan guru berpengalaman menyelamatkan generasi daripada keciciran ilmu, membawa harapan dan perubahan kehidupan. Jauh lagi masa depan mereka, tapi kita telah memudahkan mereka untuk capai masa depan itu.
“𝑺𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒈𝒖𝒓𝒖 𝒎𝒂𝒎𝒑𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒊𝒍𝒎𝒖 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒓𝒊𝒃𝒖𝒂𝒏 𝒎𝒖𝒓𝒊𝒅, 𝑺𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒎𝒑𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒎𝒎𝒂𝒉”.
𝟐. 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐫 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧
PIKDM memfokuskan bantuan kepada golongan terpencil, tersisih, dan terpinggir melalui kebajikan jangka pendek dan panjang. Bantuan asas, infrastruktur dan program berterusan memaknai erti kemanusiaan sesama insan.
“𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒖𝒋𝒊𝒂𝒏 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉”
𝟑. 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡
Dakwah PIKDM adalah tindakan nyata yang menyantuni masyarakat dengan hikmah. Fokus diberikan kepada membina generasi beriman, berilmu, berakhlak mulia.
Kejayaan ini hanya dapat dicapai dengan sokongan para penyumbang, sukarelawan, dan pendukung PIKDM. Istiqomah dalam memberi dan menyumbang menjadi bekalan terbaik menuju akhirat.
“𝑺𝒂𝒕𝒖 𝒂𝒎𝒂𝒍 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒊𝒏𝒊, 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒖𝒂𝒉 𝒈𝒂𝒏𝒋𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂.”
Terima kasih atas kepercayaan dan komitmen anda bersama kami. Semoga Allah SWT merahmati setiap usaha ini.
“𝑰𝒔𝒕𝒊𝒒𝒐𝒎𝒂𝒉 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒖𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈, 𝑩𝒆𝒌𝒂𝒍 𝑩𝒖𝒂𝒕 𝑲𝒊𝒕𝒂 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂”.
Barakallahufeekum.



