
๐ฆ๐๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ด๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฟ๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ฑ๐ ๐ธ๐ฒ ๐ฃ๐๐น๐ฎ๐ ๐ ๐ฎ๐ถ๐ด๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ป๐ฎ & ๐ง๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต.
Pada hari sabtu baru ini cuaca mendung, ombak kuat sangat masa balik, kata ain pada kami. Alhamdulillah selamat semuanya. Puan Ain juga salah seorang wakil PIKDM di Semporna yang ditugaskan untuk menyempurnakan agihan bantuan ke Pulau Maiga ini setelah lebih kurang 2 minggu masyarakat disana mohon bantuan darinya.
Sumbangan bantuan Pra Ramadan 1445H ke Pulau Maiga telahpun disempurnakan pada hari Sabtu 2 Mac 2024 dengan menaiki bot yang perlu disewa.
Mereka sangat memerlukan sumbangan beras dan air bagi persiapan menyambut Ramadan. Seramai lebih kurang 50 keluarga menerima sumbangan beras dan air mineral.
Alhamdulillah ada penginfak yang sudi bantu Misi ini, SNA & NORAZMS dan dapatlah kami.sempurnakan permintaan ini memandangkan PIKDM tiada lagi tabung dana ihsan mahupun dana pelbagai bagi tujuan ini. Setiap kali mahu bantu mereka yang memerlukan kami terpaksa lancarkan Dana.
Harapan kami pada bulan Ramadan ini adalah para penginfak yang sudi bantu kami untuk mencukupkan dana dana yang sangat diperlukan.
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak yang budiman.
Semoga Allah SWT mengizinkan kita untuk bertemu Ramadan yang bakal menjelang. Allahumma Aameen.
Salah satu rezeki terus berkah dengan bersedekah
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐
https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1445h-2024
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]
ย
