Penduduk disini sangat memerlukan air bersih untuk dibuat minum sementara untuk cucian dan mandian mereka terpaksa mendapatkan air dari sungai dan longkang yang kini air sungai dan longkang agak tercemar dan mengering akibat kesan gempabumi ditambah buruk lagi musim kemarau yang sedang melanda hampir 4 bulan tiada hujan. Kebanyakan penduduk disini membuat kolam tadahan air hujan ataupun air dari sungai untuk manfaat sekampung.
Sewaktu Misi Recce kami sebulan yang lalu..air kolam untuk ambil wudhu dimanfaatkan bersama tandas bersebelahan. Saat Team kami mahu ambil wudhu agak teragak agak. Setelah melihat orang kampung mengambil wudhu disitu barulah mereka menyusul..jika tak dirasai kesusahan yang mereka hadapi mana mungkin kita memahami.
Hikmahnya kami kembali dengan bawa harapan untuk sumbangkan 1 lori tangki air bersih ke desa ini. Walaupun air bersih yang diharapkan melebihi 1 tangki, namun yang termampu diurus dan dibantu pada waktu ini hanyalah 1 lori tangki dahulu. Team Bravo telah menyempurnakan sumbangan Water Tank ini manakala Projek Wakaf Perigi dan Tempat Wudhu telah disempurnakan Team PIKDM dari sumbangan para penginfak PIKDM.