Projek ini melibatkan pasukan Medik dari Klinik Kesihatan Universiti Malaya yang terdiri daripada:
1.Dr Zuraidah Binti Mohamed
2. Nurul Azura Binti Zamari
3. Mas Zaidatul Syazana Binti Abdul Khalid
Untuk aktiviti mencuci tangan yang diketuai oleh Puan Mas Zaidatul Syazana Binti Abdul Khalid. Beliau mengajar anak-anak mencuci tangan mengikut langkah yang betul antaranya gosok tapak tangan,gosok setiap jari dan celah-celah jari,gosok kuku pada tapak tangan dan gosok belakang tangan.
Sokongan dari ibu bapa yang turut terlibat menjayakan aktiviti ini sangat membanggakan.Sebagai pengisian rohani,kami juga sempat mengedarkan buku zikir pagi petang kepada ibu-bapa yang hadir ketika itu.