613+ penginfak online✦110+ aktiviti & misi✦Malaysia · Indonesia · Bangladesh · Nigeria · Cambodia · Nepal✦Pertubuhan berdaftar PPM-030-10-18122019✦Bayaran selamat melalui FPX✦
613+ penginfak online✦110+ aktiviti & misi✦Malaysia · Indonesia · Bangladesh · Nigeria · Cambodia · Nepal✦Pertubuhan berdaftar PPM-030-10-18122019✦Bayaran selamat melalui FPX✦
Pegangan kami
Lima PrinsipGerak Kerja PIKDM
Berilmu
Prinsip 1
Beramal
Prinsip 2
Bermatlamat
Prinsip 3
Beriltizam
Prinsip 4
Berdedikasi
Prinsip 5
Prinsip 1
BerilmuMembumikan Ilmu
Beriltizam mahu mengeluarkan manusia dari kegelapan (kejahilan) kepada cahaya ilmu. Ilmu yang boleh membimbing manusia sejagat kepada matlamat hidup yang hakiki.
Membantu dan menyokong penyebaran ilmu yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Melahirkan generasi berilmu lagi berakhlak.
Melahirkan ikon PIKDM yang berilmu dan menyumbang bakti kepada masyarakat.
Prinsip 2
BeramalIlmu Diterjemah Menjadi Amal
Mendorong diri dan masyarakat untuk beramal setelah berilmu dengan menyebarkan ilmu melalui platform penyebaran ilmu yang pelbagai.
Mendorong masyarakat beramal dengan perbuatan yang diredhai Allah untuk kepentingan atau faedah masyarakat itu sendiri (seperti berderma, menolong orang dalam kesusahan dan lain-lain).
Mendorong masyarakat berkebajikan kepada orang ramai.
Beramal dengan ‘dakwah bil hal’ dan kemuncak amal adalah untuk mencapai matlamat hakiki iaitu kejayaan dunia dan akhirat.
Prinsip 3
BermatlamatObjektif Yang Jelas
Objektif yang jelas selari dengan Misi dan Visi. Mengutamakan motif, inspirasi, haluan, dan matlamat yang mahu dicapai.
Prinsip 4
BeriltizamKomited & Istiqomah
Komited dalam melaksanakan Misi dan Visi hingga mencapai matlamat dan tujuan.
Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berpasukan.
Istiqomah dalam melakukan kebaikan, tanggungjawab dan amanah yang diberi.
Prinsip 5
BerdedikasiTekun & Bersungguh-sungguh
Ketekunan dan kesungguhan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan matlamat yang jelas.
Jangan Tunggu KayaUntuk Bersedekah
RM5, RM10 atau RM50 — setiap ringgit yang ikhlas dicatat sebagai amal jariah. Mulakan hari ini.