๐๐น๐ฎ๐ ๐ช๐ถ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด, ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐๐บ๐ฝ๐๐ฟ
๐๐๐ป๐ถ๐ป ๐ญ๐ฐ ๐๐๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Khamis lalu, Team PIKDM turun padang menziarahi En. Ishak, suami kepada Pn. Faezah bagi melihat sendiri keadaan beliau yang kini terlantar akibat ketumbuhan di kepala sejak lebih 15 tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan dan kemoterapi. Kini Pn Faezah sakit terlantar tidak mampu berkataยฒ. Hari ini Isnin kami hadir lagi bawa bantuan yang diperlukan.
Dimaklumkan oleh anaknya alia, sejak tahun 2020, sakit ibunya semakin memudaratkan menyebabkan ibunya terlantar atas katil diurus sepenuhnya oleh ayahnya. Kini, Pn. Faezah hanya bergantung kepada susu Ensure sebagai sumber nutrisi utama. Bagi keluarga B40 untuk membeli satu tin susu Ensure ini ianya agak mustahil jika bekalan perlu disediakan tanpa putus. Setin susu Ensure ini mampu bertahan 3 hari sahaja..rataยฒ pesakit terlantar sangat bergantung harap pada susu ini sebagai makanan nutrisi pesakit melalui tiub.
Sebelum ini, bantuan diterima daripada MAWIP, namun terhenti apabila permohonan tidak diperbaharui. Rayuan sedang diusahakan, namun prosesnya mengambil masa. En Ishak kebuntuan bila masuk 4 bulan beliau sudah kehabisan wang simpanan untuk bekalan susu bulanan isteri. Pada awal pertemuan kami telah maklumkan En Ishak PIKDM tiada lebihan dana ihsan untuk tujuan ini.Kami tetap usaha dan bantu.
Jumaat lalu, PIKDM melancarkan Dana Ihsan Kecemasan untuk meringankan beban beliau. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan rezeki Pn Faezah ini, tempoh kurang 24 jam selepas rayuan dikongsi, 72 tin susu Ensure berjaya ditempah dan dihantar hasil sumbangan segera para penginfak PIKDM yang prihatin.
Di sebalik rumah yang sederhana, terlihat ketabahan luar biasa. Suami yang setia menjaga, anak lelaki yang bekerja di kedai serbaneka menjadi harapan En Ishak dan seorang anak perempuan alia masih menuntut di universiti.
Kunjungan ini merupakan kali kedua. Bekalan susu ini diharap cukup untuk sebulan dua sementara menunggu bantuan rasmi diluluskan semula. Selain sumbangan susu, sumbangan wang tunai turut dihulurkan buat keluarga ini bagi meringankan beban.
Terima kasih para penginfak budiman.
Tanpa kalian, bantuan hari ini mungkin tertangguh.
“Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya selagimana hamba itu menolong saudaranya.”
(HR Muslim)
Kita mungkin tidak mampu menyembuhkan,
tapi kita sentiasa mampu meringankan.
Jangan biarkan mereka menunggu dalam hampa.
Jazakumullahhu khayran.
Bantu dana pengurusan PIKDM – https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-pengurusan-pikdm



















