Sudan
Saya kira Allah sengaja memilih tarikh ini untuk saya tumpahkan ilham disini..antara Misi bantuan dana kilat PIQD (kini PIKDM) yang membuat hati saya terusik dan menyimpan satu perasaan yang sukar digambarkan..disini saya kenal erti sahabat, erti perjuangan, erti ikhlas dan erti kemanusiaan sesama muslim.
Berkira-kira lama sudah mahu tulis banyak cerita tentang sudan dan anak-anak pengemis yang terbiar mencari rezeki seawal usia muda membantu keluarga dirumah dari hasil mengemis, mengambil upah ‘varnish’ kasut dan apa sahaja yang boleh mendapatkan rezeki mereka.
Menariknya anak-anak pengemis yang terpilih ini untuk saya kongsikan disini adalah kisah bagaimana pelajar Sudan ‘Bobby’ (Ahmad Muzafar) menyantuni dan melakukan kerja dakwah dan kebajikan yang nampak lekeh bagi sesetengah orang..bagi saya inilah jiwa pendakwah yang patut dicontohi…tidak mengira rupa dan darjat,warna kulit, bangsa dan negara…tidak menyisihkan mereka yang bermasaalah terus bermasaalah, bijak mencari peluang dakwah dan berkebajikan, tidak menghina malah terus membina semangat dan motivasi anak-anak pengemis ini.
Sedih dan terkedu…
Saat bobby menghantar gambar harun sedang memasukkan maggie indomee ke dalam botol yang ditadah dari air paip dan serbuk perisa dimasukkan sekali lalu digoncang seketika untuk membenarkan maggie itu kembang semampunya sebelum dimakan begitu sahaja..terkedu sebentar saya…Allahhu Rabbi!..kalau air panas boleh dikira lagi. Ini air paip sejuk dan tidak dimasak pula. “Sudah kebiasaan begitu mereka makan kak” kata bobby pada saya yang tak dapat nak bayangkan keadaan miskinnya mereka disana berbanding kita disini..
Bermula saat itulah PIQD (kini PIKDM) berhasrat memulakan Misi bantuan asnaf di Sudan dan buat pertama kalinya bantuan piqd sampai ke Sudan. Ramadhan 2019 Sudan mendapat perhatian PIQD (kini PIKDM) kerana kita ada wakil yang dipercayai disana untuk menyempurnakan Misi Bantuan PIQD (kini PIKDM) kesana.
Beberapa program ramadhan telah diatur oleh pihak Piqd(kini PIKDM) dengan bantuan bobby dan rakan rakannya disana. Qadarallah kita merancang Allah sebaik baik pengatur. Pergolakan di sudan semakin buruk..beberapa hari sebelum agihan bantuan kebajikan diagihkan, telah berlaku Darurat yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban dan mangsa rogol di kalangan wanita dan lelaki mengerikan lagi pelajar pelajar ini untuk keluar menyalurkan bantuan. Hikmah yang berlaku…akhirnya bekalan makanan ini dimanfaatkan oleh pelajar di sudan ini.
Pagi hari raya eidul fitri darurat berjalan terus.. buat pertama kalinya hari raya mereka tanpa solat Eid dan menu pagi eidul fitri mereka adalah maggie. Bekalan makanan yang sepatutnya disumbangkan seperti Maggie, Tepung, gula, minyak dan teh dimanfaatkan oleh mereka ini.Tepung dibuat lempeng hari hari mengantikan nasi dan roti..nikmat rezeki Allah beri kepada mereka saat mereka berazam mahu bantu orang susah disana…rupanya Allah hantar bantuan kepada mereka dengan cara begini..hebatnya aturan Allah.
Terharu…
Saat bobby menceritakan bagaimana dia beri syarat kepada ‘Harun’ untuk dapat duit darinya kena hafal beberapa surah…disebabkan duit mengemis adalah sumber rezeki yang termampu dilakukannya, makanya disahut cabaran itu oleh harun. Setiap kali beliau mampu hafal surah akan diberi duit upah dari bobby sebagai motivasi galakan..bermula dari situ Bobby semakin rapat dengan anak2 pengemis ini sehingga beliau menjadi kawan kepada mereka. Disamping pelajar-pelajar sendiri pun ekonomi sekadar cukup makan dibebani pula dengan harga barang yang melambung tinggi dan matawang jatuh menjunam..peniaga menaikkan harga barang akibat ‘demand’ tinggi dan ‘supply’ pula kurang, pembeli yang mampu dan memerlukan tiada pilihan kecuali membeli pada harga yang ditawarkan..bayangkan sekampit beras mencecah hingga ratusan ringgit tak kira lagi bahan lain. Mereka terpaksa bercatu makanan dan berjimat cermat..nasi merupakan makanan paling mahal dan bernilai tinggi saat ini..mereka akan makan nasi seminggu sekali atau dua kali cuma..kebanyakan harinya makanan ruji mereka adalah ‘roti’ dan roti lah yang paling murah dan mampu mereka beli.
Banyak cerita tentang kemelaratan hidup rakyat sudan diceritakan kepada saya melalui ‘Bobby’ (Ahmad Muzaffar) pelajar sudan yang sedang menuntut disana waktu itu..sentiasa ada khabar berita dan perkongsian dari Sudan untuk diri ini terus menghayati erti hidup memberi dan menerima bukanlah sebatas masa dan tempat yang terpilih dan dipilih pilih.
Kini Sudan menjadi kenangan buat 3 pelajar ini…
bersambung…
Lynnda Abbas
Aktivis Kemanusiaan