Mari Jadi Sukarelawan PIKDM

Ingin membantu dalam pelbagai misi bantuan? Jom sertai kami sebagai sukarelawan.

Menjadi seorang sukarelawan bukanlah suatu yang mudah, kerana segalanya perlu dilakukan dengan rela hati tanpa mengharapkan balasan dari orang lain. Jika ia tidak mudah, kenapa ia perlu disertai ? Untuk mejadi sukarelawan, sesorang itu seharusnya melakukan pengorbanan samada dari sudut harta, masa ataupun tenaga. Maka sebab itulah menjadi seorang sukarelawan itu merupakan satu pekerjaan yang mulia. Dalam membentuk komuniti yang sejahtera, aman dan harmoni, sukarelawan sangat penting dalam memainkan peranan sebagai penggerak kepada aktiviti kebajikan serta menjadi contoh dan pembakar semanat kepada orang lain untuk turut melibatkan diri sama dalam kerja kesukarelawanan. 

Kelebihan Menjadi Sukarelawan PIKDM

Kasih Sayang

Memupuk sifat kasih sayang sesama manusia.

Bersyukur

Menjadikan kita berasa lebih bersyukur.

Kenalan Baru

Memupuk ukhwah dan tambah kenalan baru.

Bagaimana Untuk Menjadi Sukarelawan PIKDM

PIKDM sentiasa mempunyai projek kebajikan yang memerlukan khidmat sukarelawan. Anda boleh menjadi sukarewan sepenuh masa atau menjadi sukarelawan separuh masa. Kepakaran anda dalam bidang masing-masing sangat diperlukan dalam menggerakkan PIKDM dan menjayakan projek-projek kebajikan. Anda boleh memilih untuk menjadi sukarelwan untuk mana-mana tugasan berikut :

  • Sukarelawan lapangan
  • Penulis Blog
  • Pereka grafik
  • Pereka laman web
  • Penulis copywriting
  • Pengurus projek

 

 Berminat untuk menjadi sukarelawan PIKDM? Anda boleh hubungi kami melalui cara dibawah :

Pejabat PIKDM

C-2-20, Jalan SP 11/2, Seri Pristana, Saujana Utama, Sg Buloh, 47000 Petaling,

Hubungi

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Puan Lynnda Abbas : 013 - 370 9583

Email

Hantar maklumat melalui email kami di : [email protected]

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia