Tajaan projek angkat anggaran setahun RM300K- 350K.
Setiap tahun PIKDM memerlukan tajaan RM150-200K bagi menjayakan Program Iftar Sahur Ramadan ini.
Antara program yang disusun merangkumi;
Sasaran Asnaf yang dikenalpasti:
Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, program Ramadan PIKDM sentiasa mendapat sambutan daripada penginfak-penginfak budiman yang sentiasa mahu merebut pahala berganda di bulan ramadan khususnya. Tidak kurang juga permintaan untuk dipenuhi daripada yang memerlukan turut meningkat tinggi. Persiapan awal sangat diharapkan bagi tahun 2023 (1444H) agar bantuan tajaan mampu dipenuhi.
Di pihak NGO kami, ia merupakan satu tanggungjawab besar untuk mampu capai sasaran yang diharapkan dalam masa yang singkat ini. Justeru, inisiatif mengadakan Majlis Hi-Tea ini tidak lain adalah bagi tujuan mengumpul Dana Projek Angkat dan Dana Ramadan sekaligus mempergiatkan gerak kerja yang lebih terarah di pihak kami, bagi mencapai matlamat dan sasaran sebelum tibanya Ramadan nanti.
Oleh itu, sokongan para penginfak dalam menjayakan majlis yang julung-julung kali bakal diadakan PIKDM ini, sangat-sangat diharapkan. Setiap sumbangan ikhlas para penginfak budiman adalah bagi menyampaikan maksud ‘Ilmu bil amal, Amal bil Ihsan, Dakwah bil hikmah.
Allah SWT berfirman:
مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَا لَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَا بِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَا للّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَآءُ ۗ وَا للّٰهُ وَا سِعٌ عَلِيْمٌ
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Surah al-Baqarah: 261)
Jazakumullahhu khayran Khatira. Semoga Allah merahmati para penginfak budiman yang sudi berkongsi rezeki buat yang memerlukan. Amin.
Untuk pembayaran bagi pembelian meja/tiket, sila salurkan ke akaun yang tertera dibawah atau isikan borang online dan bayar melalui FPX online:
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Nombor Akaun : 5627-4015-5175