Tabung Ramadan 2023 (1444H) ** CLOSED **
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ramadan Dihayati Rezeki Dikongsi
Nikmat Disyukuri Pada Pemberi Rezeki
Ramadan Mengajar Erti Lapar Dan Dahaga
Rezeki Bukan Milik Kita Semata, Ada Hak Pada Yang Berharap
Ada Insan Tidak Mengenal Erti Kenyang Dan Juadah Enak
PIKDM meneruskan tajaan infak Ramadan 1444H dengan tajaan dalam dan luar negara yang sangat memerlukan ihsan para penginfak budiman
Ayuh, bantu kami memberi makan kepada mereka yang memerlukan!
Dana tajaan mingguan diperlukan segera sebanyak RM40,000
Mereka menunggu dan berharap pada ihsan para penginfak Budiman.
“Nabi SAW adalah orang yang paling pemurah (dermawan) dalam segala kebaikan. Dan pemurah (sifat dermawan) baginda yang paling baik adalah saat bulan Ramadan ketika Jibril AS datang menemui baginda. Dan Jibril datang menemui baginda pada setiap malam di bulan Ramadan untuk baginda memperdengarkan bacaan al-Quran baginda kepada Jibril. Apabila Jibril datang menemui baginda, maka baginda adalah orang yang paling pemurah (dermawan) dalam segala kebaikan melebihi lembutnya angin yang berhembus.”
(HR al-Bukhari: Sahih)
———————————–
Segala sumbangan ikhlas antum amatlah kami hargai.
Jazakumullahu khairan wa Barakallahu feekum