You are currently viewing Buletin PIKDM – 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗨𝗺𝗺𝗮𝗵

Buletin PIKDM – 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗨𝗺𝗺𝗮𝗵

  • Post category:Umum

𝗕𝘂𝗹𝗲𝘁𝗶𝗻 𝗣𝗜𝗞𝗗𝗠 – 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵

𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗨𝗺𝗺𝗮𝗵

Saya menulis ini tidaklah bertujuan mahu mengangkat nama individu ini terlalu tinggi…ini sekadar perkongsian yang lahir dari hati yang sekadar mahu menghargai jasa orang baik yang kita boleh ambil manfaat dan apa kesan baik untuk saya kongsikan tulisan ini..tidak lain hanyalah untuk sama² kita ketahui akan serba sedikit latarbelakang peribadi hebat yang Allah kurniakan untuk berbakti buat ummah.

Bukan sahaja ahli keluarga beliau merasai kehilangannya..sahabat² dan murid² beliau jua merasainya…kita semua ini sedang diuji kehilangan sebutir permata ummah yang sangat besar sumbangannya selama ini walau tidak ramai mengenalinya tapi yang sedikit mengenalinya tahu peribadi ini bagaimana akhlaknya.

*Kehilangan*
Kehilangan ini adalah sebuah kehilangan yang sangat besar bagi yang mengenali peribadi berjiwa hebat berakhlak mulia lagi disenangi ramai ini..semasa hidupnya tidak lokek ilmu dan bantuan. Jika tidak mampu beri wang, beliau akan mampukan beri tenaga dan khidmat percuma semampunya. Sentiasa menghulurkan tangan tanpa banyak alasan. Jiwa Pendakwah ramai yang ada, namun tak ramai semacam beliau.

*Dari Tanah wakaf ke Tanah kubur*

Madrasah Al Quran Wal Hadith Jannatul Ulum (MANHAJ) bermula dari rumah kedai ke bangunan sendiri.. Hamba Allah yang berhati mulia telah mewakafkan sebidang tanah di puncak bukit di batang kali untuk dibinanya Madrasah Al Quran Wal Hadith Jannatul Ulum (MANHAJ). Bermula dari potong tanah, buat jalan hinggalah terbinanya MANHAJ. 2014 Bangunan Manhaj dirasmikan dan mula beroperasi. Beberapa individu hebat di belakang tabir yang telah menyokong beliau hingga terbinanya Madrasah ini. Semoga Allah merahmati mereka² ini. Allah pinjamkan Almarhum untuk seketika sahaja di dunia ini..belum sempat beliau mahu membina empayar MANHAJ ke satu tahap lagi…Takdir ‘Ilahi’ mengatasi perancangan manusia. Tanah kubur destinasi akhir dunia buatnya. Semoga amalannya menjadi penemannya di alam sana.

*Pekerti mulia*
Segala macam kerja beliau mampu lakukan sendiri dan cuba berada didalam masyarakat tanpa perlu ada pengikut dan pengaruh beliau terus lakukan sepenuh hati. Sifat rendah diri dan sentiasa menghormati orang sekelilingnya meletakkan beliau istimewa dalam bab akhlak dan bakti. Seorang yang tegas dalam prinsip namun lembut dalam pekerti.

*Jiwa besar*
Semua sedia maklum akan semangat juang Almarhum Ust Fadhli yang semasa hidupnya hanya memikirkan kerja dakwah, berkebajikan dan membangunkan ummah berpaksikan Al Quran dan As Sunnah. Besar jiwa beliau dalam memikul amanah yang beliau pikul selama ini..pada usia muda, beliau sudah ada Madrasah dan pada usia muda (30 tahun).Allah sudah ambil nyawa beliau. Inilah hakikat bagi yang hidup, kita semua bakal pergi..hanya sahaja masa kita yang tidak kita ketahui..

*Syahadah*
Almarhum Ust Fadhli semasa hidupnya sudah ramai yang telah beliau syahadahkan.. ratusan orang..ribuan pelajar yang mendapat manfaat ilmu dari beliau, beliau berjaya melahirkan Duat dan imam kalangan orang asal(asli). Aslinya hidup mereka tanpa ada matlamat hidup dan tidak ber’Tuhan’ kebanyakannya agama nenek moyang dan Islam tidak sampai pada mereka..ditambahi pula buta huruf dan buta Al Quran..namun beliau telah buktikan hati manusia tidak buta selagi ada cahaya ilmu Al Quran dan As Sunnah..beliau sanggup ulang alik setiap bulan masuk ke kg orang Asli demi menyampaikan syiar Islam dan saya ingat kata² beliau dulu “Ustaz kena masuk kembali dalam hutan orang Asli ini untuk terus bagi kefahaman ilmu pada mereka hingga mereka mampu beramal dan mampu jadi ‘Duat’ pada kaum mereka semula (orang asli)”, sekadar islamkan sahaja tidak cukup..esok lusa mereka boleh sahaja tukar agama bila Islam hanya terhenti pada syahadah semata

Antara usaha dakwah kerja mulia yang telah beliau lakukan adalah membawa keluar anak-anak orang Asli keluar dari hutan dan ditempatkan di MANHAJ untuk dibimbing hingga berjaya melahirkan pendakwah dari kalangan OA itu sendiri. Setakat hari ini beberapa orang Asli telah mampu hafaz Quran dan ada yang sudah jadi imam dan pendakwah dan berkhidmat untuk masyarakat mereka. Inilah amal soleh berterusan yang telah ditinggalkan Almarhum. Moga Allah terima amalannya. Allahhumma Aameen.

Untuk makluman para penginfak…selain wakaf Van (2nd hand) dari PIKDM kepada Madrasah sebelum ini, PIKDM juga antara penginfak Iqra, Al Quran, Rehal, Telekung, keperluan asas dan lain-lain bantuan pada masyarakat kaum orang Asli yang dibimbing dan dipantau oleh Almarhum Ust Fadhli. Sungguhpun ramai kalangan penginfak tidak mampu lakukan kerja² dakwah sepertimana beliau lakukan..setidaknya sumbangan infak ini memberi besar makna bagi mereka² ini.

Jalinan kerjasama sentiasa berterusan walaupun tidak secara bulanan, tapi tetap ada buat MANHAJ, setiap kali mereka memerlukan kita cuba bantu. Kali terakhir saya dan beberapa sahabat NGO lain berMisi dengan beliau adalah pada program ambang Ramadhan tahun lepas merasmikan solat Tarawih pertama di malam pertama Tarawih di surau baru Beswok. Kenangan ini akan terus memotivasikan kami untuk terus kesana lagi dan meneruskan perjuangan beliau. InshaaAllah.

*Komitmen bulanan*
Antara masaalah terbesar yang Manhaj perlu hadapi saban hari adalah komitmen bulanan. Tak ramai yang ketahui pelajar² Manhaj kebanyakannya adalah kalangan Asnaf yang tidak mampu..dari sejumlah 40 pelajar hanya 15 orang sahaja yang berbayar dan yuran yang dikenakan adalah terlalu minima, yuran RM350 termasuk makan minum dan tempat tinggal disediakan. Selebihnya MANHAJ perlu tanggung dan cari dana dari luar untuk membantu kos operasi. Inilah antara cabaran terbesar bagi sebuah Madrasah yang mahu bantu Asnaf yang tak berkemampuan pada masa yang sama harapan tinggi diharapkan.

*Perjuangan diteruskan*

Beliau telah memulakan dan mampu sampai ke tahap ini..apa yang beliau mahu buat terlalu banyak lagi belum dicapai. Namun ini bukanlah tanda berhenti bagi yang berada dibelakang MANHAJ. Inilah legasi beliau yang telah ditinggalkan untuk diteruskan bukan untuk dikuburkan sepertimana jasad beliau terkubur. Ini tentang amanah dan perjuangan dakwah.

Untuk meneruskan legasi ini..sedikit masa perlu diambil untuk disemak dikaji dan distrategikan semula agar MANHAJ mampu bangkit berdiri dan berlari membawa semangat Almarhum yang selama ini hanya memikirkan nasib MANHAJ dan anak² didiknya dan para Mad’u yang beliau santuni selama ini.

Sehingga beliau sempat meluahkan pada sahabat²nya dihujung² hayatnya ini antara lafaz beliau “dunia ini sangat memenatkan” adakah itu tandanya beliau kecewa dan penat? Tidak sekali, itulah tandanya beliau orang yang berfungsi dan berbakti. Dunia memang bukan tempat berehat.. akhirat jualah tempat berehat yang abadi. Kami sangat memahami segala penat lelah yang beliau hadapi selama ini..terlalu berat beban yang perlu beliau pikul demi Ummah.

Yang mati telah pergi meninggalkan legasi untuk disambung..yang hidup hanya perlu meneruskan yang ditinggalkan..inilah kerja dakwah.. inilah kerja kebajikan…inilah kerja Murobbi…datang dan pergi adalah insan…yang kekal adalah amalan..maka apakah amalan yang bakal kita bawa bersama nanti? Fikir²kan sejenak..

Moga ada saham akhirat yang akan menyelamatkan kita disana nanti..Allahhumma Aameen.

Allah SWT berfirman:

اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَا لَّذِيْنَ هَا جَرُوْا وَجَاهَدُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۙ اُولٰٓئِكَ يَرْجُوْنَ رَحْمَتَ اللّٰهِ ۗ وَا للّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 218)

Waullahhualam.

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM
======================
Website PIKDM
https://www.pikdm.org.my/

Join PIKD Broadcast List
https://broadcastpikd.wasap.my

#BuletinPikdm
#MadrasahAlquranWalHadithJannatulUlum
#MANHAJ