Rayuan bina MASJID & MADRASAH baru PIKDM di kawasan baru KEM COXS BAZAR yang baru² ini musnah hampir 12,000 rumah hangus terbakar. Anggaran 9 Masjid dan 12 Madrasah hangus terbakar. Kejadian yang menimpa sebulan sebelum Ramadan.
Ustaz Abdullah merayu untuk bina 2 Madrasah dan 2 Masjid seberapa segera ini sejak sebulan yang lepas. Kita minta Ustaz Abdullah beri laluan untuk Iftar Program tajaan sebulan disempurnakan dulu .Alhamdulillah dana bagi tajaan iftar sudah mencukupi. Janji cuba dikotakan..bi idznillah. Walau berbaki berapa hari sahaja..kami beranggapan..manalah tahu ada insan² yang mahu merebut peluang ini. Bina Masjid dan Bina Madrasah disini tidaklah semahal di negara kita..hanya kos bahan dan upah tenaga buruh yang agak tinggi sedikit kerana bahan binaan perlu diangkut menggunakan tenaga manusia..bukan lori mahupun motor..
Walaubagaimanapun kita hanya berani janji 1 Masjid dan 1 Madrasah dulu.
Maklumat Pembinaan masjid:
1.Kos bina Masjid RM22,500
Keluasan Masjid: 60 kaki x 50 kaki.
🔹1 lot RM50 x 450 lot diperlukan = RM22,500
2. Kos bina Madrasah RM20,000
Keluasaan Madrasah: 70 kaki x 22 kaki.
🔹1 lot RM50 x 400 lot diperlukan = RM20,000
مَنْ حَفَرَ مَاءً لَمْ يَشْرَبْ مِنْهُ كَبِدٌ حَرَّى مِنْ جِنٍّ وَلَا إِنْسٍ وَلَا سَبُعٍ وَلَا طَائِرٍ إِلَّا آجَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَمَنْ بَنَى مَسْجِدًا كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ ، أَوْ أَصْغَرَ مِنْهُ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ “
Ertinya: Sesiapa yang menggali telaga yang diminum oleh makhluk bernyawa dalam kalangan jin, manusia, unggas, Allah akan memberi ganjaran kepadanya pada hari kiamat. Sesiapa yang membina masjid sebesar tempat merpati bertelur dan menetaskan anak atau lebih kecil daripada itu, Allah akan membina baginya rumah di syurga