Teruskan melangkah
Jangan rebah kerana sang lebah
Bukan semalam kau berubah
Hidup bukan untuk berkeluh kesah
Seperti daun keladi disirami air
Tidak mungkin meresapi airnya
Mampu dicurahi segelen siraman
Tetap ia tak mampu beri manfaat
Masa berlalu pantas sekali
Rencah hidup melihat pentas berubah rubah
Lakonan di pentas mengikut jalan ceritanya
Engkau tetap teguh disitu tidak mahu mengalah
Bukan kerana apa yang kau mahu
Kerna engkau tahu apa yang kau buat dan kau mahu
Pejuang itu bukan membesarkan jiwa semata
Hati yang sempit bisa dilapangkan demi sebutir ihsan
Andai dirobek hati itu, belum tentu kau temui ihsan
Bagaimana acuannya belum tentu sama hasilnya
Hargailah peluang yang Allah beri
Hidup bukan untuk dihargai
Hargailah setiap nikmat yang ada
Hargailah insan disekelilingmu
Hargailah erti kehidupan ini
Setahun ibarat mimpi
Tanpa kekuatan tiadalah keteguhan
Terimakasih pada yang menguatkan
Semoga Allah merahmati kita semua.
=======================
Jazakumullahhu khayran buat Pasukan PIKDM yang teguh bersama susah senang kita harungi bersama, lahawla wala quwata illahbillah…semua ini tidak juga mampu dilaksanakan sebaiknya tanpa kekuatan pasukan yang kuat dan teguh berbakti, kalian adalah wira wirawati PIKDM yang tanpa kenal erti penat dan jemu, moga Allah ganjari di dunia dan di akhirat sana.
Buat para penginfak budiman PIKDM yang istiqomah terus bersama kami atas kepercayaan yang diberi selama ini, kalian adalah sebahagian dari kekuatan kami mahu terus berbakti untuk ummah.
Setiap sumbangan infak dari kalian adalah rezeki yang Allah hantar untuk manusia lain..bersyukurlah kerana mampu berkongsi nikmat rezeki itu, semoga dilipatgandakan dan diberkati rezeki kalian.
Teruskan menyumbang demi Fastabikhul khairat.
Terimakasih juga buat seluruh rakan NGO, rakan kerjasama strategik dan wakil² sukarelawan yang selama ini banyak membantu dan menyokong perjuangan kami.
Barakallahhufeekum.
Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM
18 Disember 2020
Pautan PIKDM https://linktr.ee/PIKDM
#PIKDM
#1stAnniversary